Sunday, 12 February 2017

KATARAK





KATARAK
Kelegapan kanta menyebabkan kabur penglihatan atau penglihatan terganggu yang disebabkan oleh proses penyakit,factor penuaan dan keadaan lain.

PATOFISIOLOGI UMUM :
Belum dapat dikenali sepenuhnya.
Disebabkan oleh gangguan pada protein kanta dan kerosakan proses homeostasis yang merupakan sebahagian daripada proses patogenik. ( johns et al,2001)
Disebabkan oleh factor penuaan dan juga factor lain iaitu stress oksidatif dan fotooksidatif yang memainkan peranan dalam pembentukan katarak. (leske et al ,1998)

PATOFISIOLOGI KATARAK BERDASARKAN FAKTOR PENUAAN

•Kanta berubah mengikut faktor usia, dimana fiber dan protein pada mata berubah dan degenarasi.
Apabila individu mencapai usia 40-an, perubahan biokimia pada protein kanta menyebabkan kabta menjadi keras dan kehilangan protein.
Protein pada kanta dikenali sebagai alpha crystallins dakn berkumpul (clump together) menghasilkan kawasan legap dan terjadinya katarak.

PATOFISIOLOGI KATARAK BERDASARKAN STRES OKSIDATIF
Cahaya matahari mengandungi sinaran ultraviolet (UV) yang menembusi lapisan kulit.
Ianya mengandungi bahan perosak yang menyebabkan katarak.
Sinar UV ini mengandungi longer wavelengths – menembusi ke lapisan katarak.
Pendedahan terlalu lame a terhadap sinar UV boleh menyebabkan kesan kerosakan dan menggalakkan pembentukan oxydants yang menyebabkan katarak berlaku.

ETIOLOGI KATARAK
·        Umur
·        Genetik : down’s syndrome
·        Penyakit kulit : eczema
·        Merokok dan pengambilan alkohol
·        Kurang makanan tinggi vitamin c
·        Penyakit diabetes
·        Trauma
·        Ubatan : corticosteroid
·        Penyakit Metabolik dan nutrisi : hypothyroidism , hypocalcemia
JENIS-JENIS KATARAK
Katarak berdasarkan faktor penuaan
A) KATARAK SENILE
1. Disebabkan oleh factor penuaan
2. Kanta berubah mengikut faktor umur- fiber dan protein pada kanta berubah dan degenarasi menyebabkan kanta hilang kejelasannya .
3. Pada usia muda,kanta adalah elestik dan boleh berubah bentuk dengan mudah bagi membenarkan mata memfokus terhadap objek yang dekat dan jauh secara jelas.
4. Apabila individu mencapai umuR 40-an, Perubahan biokimia pada protein kanta menyebabkan kanta menjadi keras dan kehilangan elestisiti.
5. Protein pada kanta dikenali sebagai alpha crystallins akan berkumpul (clump together) menghasilkan kawasan yang legap ynag dipanggil katarak.
6. Bermula di bahagian periferi kanta dan merebak ke bahagian tengah kanta secara beransur-ansur sehimgga menyebabkan seluruh kanta menjadi legap-mature katarak.
7. Jika sebahagian kanta yang terlibat – dikenali sebagai immature katarak.
B) KATARAK SEKUNDER
1. Beberapa penyakit sistematik mempunyai kaitan tinggi dengan katarak.
2. Katarak boleh berlaku sama ada kesan secara langsung penyakit atau kesan ubat yang diambil atau kedua-duanya sekali
3. Antara penyakit yang berkaitan :
  •        Diabetes
  •        Tekanan darah tinggi
  •     Penyakit auto imun- rheumatoid arthritis, psoriasis, multiple sclerosis, sistemik lupus erythematosus, Bechet’s disease dan lain-lain lagi.
  •    Uveitis chronic- inflamasi intra ocular yang lama menyebabkan pembentukan katarak (sekunder).

C) KATARAK TRAUMATIK
1. Opasifikasi kanta boleh berlaku secara tiba tiba atau beransur ansur disebabkan oleh  blunt atau penetrating trauma (pemecahan kapsul dan kebocoran material kanta) atau radiasi terhadap mata. 
2. Rawatan radiasi /katarak merupakan kesan sampingan biasa berlaku terhadap pesakit yang mendapat rawatan total body radiation yang diberikan bagi merawat sesetengah masalah cancer.
D) KATARAK TOKSIK
1. Penggunaan oral steroid dalam masa yang lama merupakan penyebab katarak.
2. Penggunaan inhalasi dan spray nasal juga meningkatkan risiko katarak/pesakit asma.
3. Steroid dengan dos yang tinggi iaitu lebih daripada 10mg prednisolone, jika diberi setiap hari selama lebih daripada setahun akan menyebabkan posterial subcapsular katarak.
4. Antara ubatan lain yang boleh sebabkan katarak :
  •     Psoralens/ubat yang digunakan bersama dengan terapi cahaya untuk merawat penyakit kulit seperti psoriasis.
  •         Antipsikotik seperti chlorpromazine (thorazine)
  •         Ubatan bagi merawat nacoma
  •   Allopurinol,tamoxifen,amiodarone,tryciclic antidepressants,potassium sparing diuretic,thyroid hormone,tetracyclines,sunfamidase dan mecaprine (kurang risiko)
E) KATARAK CONGENITAL
1. Faktor genetik yang menyebabkan mutasi pada alpa crystallins yang menyebabkan katarak.
2. Abnormaliti pada struktur bentuk kanta terhadap bayi yang belum dilahirkan
3. Infeksi semasa mengandung/ TORCHES (Toxoplusmosis, others agent, Rubella, Cytomegalovirus, herpes zoster dan syphilis).
4. Ibu mengandung yang mengambil alcohol dan dadah berisiko meningkatkan faktor risiko katarak terhadap anak dalam kandungan.
F) KATARAK METABOLIK
1. Masalah metabolic juga  boleh menyebabkan katarak congenital.
2. Jarang berlaku :
  •     Young insulin/dependent diabetic
  •    Menggalak Galaktosemia/ menyebabkan oil drop lens opacity pada infant (boleh diperbetulkan sekiranya di kesan awal).

Katarak berdasarkan faktor lokasi
A) CORTICOL KATARAK
1. Terbetuk pada bahagian kortek
2. Black spoke like formation yang terhasil dari luar  dan lama-kelamaan membawa kedalam kanta .
3. Apabila jejari (spokes telah sampai ketengah kanta,pesakit akan mengalami penglihatan yang kabur dan berkilau ) glare
4. Refleks merah/ophthalmoscope

B) NUCLEAR KATARAK
1. Terbentuk dalam nuclear
2. Bahagian tengah lensa akan bertukar secara progresif kewarna kuning dan kemudian kewarna coklat.
3. Miopia yang berlaku pada peringkat awal akan menyebabkan gangguan jarak penglihatan dan kadang kala menyebabkan pesakit tidak boleh membaca walaupun dengan cermin mata.

C) POSTERIOR SUBCAPSULAR KATARAK
1. Terbentuk di bawah kapsul,kebiasaan dibahagian belakang kanta
2. Bentuk tengah hitam(central black spot) /refel merah
3. Hanya menjejaskan penglihatan ketika konsteriksi pupil,seperti dalam keadaan membaca dalam cahaya matahari terang.
4. Selalu berlaku terhadap pesakit diabetes (obese) dan mengambil steroid .


 MANIFESTASI KLINIKAL KATARAK
  •         Kelegapan pada kanta
  •         Mature cataract-pupil kelabu cloudy, putih susu atau kekuningan
  •         Bilateral (kecuali katarak traumatic)
  •       Perkembangan katarak tidak selalu simetri-sebelah katarak lebih cepat matang berbanding sebelah lagi
  •       Peringkat awal,  pada penglihatan adalah amat kecil - nampak keadaan kurang terang.
  •        Susah membaca - penyusutan kontra di antara tulisan dan latar belakang.
  •        Sensitif terhadap cahaya - sukar membawa kereta pada waktu malam.
  •        Sukar membezakan warna
  •        Silau
  •        Susah untuk membezakan antara persekitaran terang dan gelap.




SIMPTOM PADA LOKASI SPESIFIK
A) NUCLEAR CATARACT
  •       Peningkatan silau dan hazy distance vision
  •       Rabun jauh progresif - kerap tukar cermin mata

B) CORTICAL CATARACT
  •        Kesan yang sedikit pada penglihatan
  •        Silau meningkat – katarak menghampiri tengah kanta
  •        Masalah dengan distance vision ,sensitivity kontra dan kejelasan

C) POSTERIOR SUBCAPSULAR CATARACT
  •        Masalah penglihatan jarak dekat dan silau

PENYIASATAN DIAGNOSTIK
  •        Ujian mata –snellen vision test

§  Mengenalpasti tahap penglihatan pesakit
§  Barisan nombor –semakin mengecil
§  Jarak 20 kaki atau 6 meter –menggunakan sebelah mata.
  •        Pemeriksaan oftalmoskopik - mengenalpasti lokasi dan tahap penyebaran
  • ·      Contrast sensitivity –c arta seperti carta snellen tetapi mengandungi huruf sama saiz tetapi berlainan latar belakang untuk menguji sensitivity kontra pesakit.
  • ·    Glare sensitivity - pesakit membaca carta yang sama sebanyak dua kali iaitu dengan tanpa cahaya.
  • ·      Tonometry - untuk mengukur tekanan intra ocular kerana mature cataract boleh menyebabkan glaucoma.


PEMBEDAHAN
Indikasi pembedahan
§  Katarak telah membesar sehingga menyebabkan penglihatan dan aktiviti hidup seharian terjejas
§  Ujian snellen menunjukkan 20/40 atau kurang dengan bantuan cermin mata atau bantuan alat penglihatan lain.
§  Mature cataract juga dibuang menyebabkan keadaan sekunder seperti glaucoma atau uveitis.
§  Pembedahan dilakukan pada sebelah mata dahulu - sekiranya bilateral.
§  Tidak perlu hospatilisasi - anastesia setempat

PHACOEMULSIFICATION
Dengan menggunkan mikroskop pembdahan pakar bedah melakukan Menggunakan mikroskop pembedahan, pakar bedah melakukan insisi kecil pada pinggir kornea. Anaesthesia setempat diperlukan. Pembedahan mengambil masa lebih kurang satu jam. Vibrasi ultrasound untuk memecahkan material kanta kepada fragmen dan kemudian disedut keluar menggunakan vacuum. Kanta penggantian dimasukkan kedalam beg kapsular. Sutur tidak diperlukan. Rehabilitasi 1-3minggu.

INTRACAPSULAR ATAU EXTRACAPSULAR EXTRACTION (ECCE atau ICCE)
Mengunakan mikroskop pembedahan, pakar bedah melakukan insisi kecil pada pinggir kornea dan mengeluarkan kanta dengan menggunakan forsep atau supercooled probe (cryoextraction) atau emulsification dan aspiration. Intracapsular extraction – keseluruhan kanta dan kapsul dibuang.
Extracaspular extraction – melibatkan pembuangan nukluess dan korteks kanta mata dengan membiarkan kapsul posterior intact. Kanta penggantian dimasukkan dengan suture kecil pada insisi. Rehabilitasi 2-4minggu.

INTERVENSI KEJURURAWATAN
A) Gangguan sensori penglihatan b/d opasifikasi kanta d/d pemeriksaan carta snellen 20/40
Matlamat kejururawatan
Melibatkan tahap kefungsian pesakit ke tahap optima.
  •     Nilai tahap penglihatan pesakit
  •     Perkenalkan diri kepada pesakit setiap kali ingin melaukan prosedur
  •     Terangkan kepada pesakit tentang rawatan dan kesan pembedahan katarak.
  •     Orientasi pesakit terhadap persekitaran
  •     Tidak melaukan perubahan susun atur persekitaran yang ketara di dalam wad.
  •      Pastikan pencahayaan yang terang
  •      Letakkan barang-barang pesakit berhampiran katil pesakit
  •   Galakkan penggunaan alat bantuan visual sekiranya perlu seperti kanta mgnifikasi atau cermin mata
  •      Galakkan penggunaan sensori rasa



B) Potensi kecederaaan b/d gangguan penglihatan  
Matlamat perawatan
·        Mengalakkan potensi kecederaan sepanjang tempoh keberadaan di wad.

INTERVENSI KEJURURAWATAN
v NIlai tahap penglihatan pesakit
v Orientasi pesakit pencahayaan yang terang
v Pastikan pencahayaan yang terang
v Letakkan barang-barang pesakit berhampiran katil pesakit
v Jauhkan barang-barang tajam dari pesakit
v Pastikan katil tidak tinggi ,kunci dan angkat rail
v Pastikan lantai tidak licin
v Bantu pesakit ketika ambulasi
v Bantu dalam melakukan aktiviti hidup seharian pesakit (ADL)







C) Defisit pengetahuan b/d proses penyakit katarak d/d pesakit sering bertanya
Matlamat perawatan
·        Meningkatkan tahap pengetahuan pesakit ke tahap optima

INTERVENSI KEJURURAWATAN
v Nilai tahap pengetahuan pesakit
v Terangkan mengenai proses penyakit dan rawatan yang perlu dijalankan
v Galakkan pesakit bertanya
v Libatkan ahli keluarga dalam setiap penerangan yang diberikan
v Soal semula pesakit berkaitan pendidikan kesihatan yang telah diberikan







D) kebimbangan b/d pembedahan yang akan dijalankan seperti phacoemulsification d/d pesakit kelihatan resah.
Matlamat kejururawatan
·        Mengurangkan tahap kebimbangan pesakit

INTERVENSI KEJURURAWATAN
v Nilai tahap dan sebab kebimbagan pesakit
v Terangkan mengenai pembedahan –cara pembedahan,indikasi pembedahan, kesan pembedahan serta persediaan sebelum dan selepas pembedahan.
v Dengar luahan pesakit
v Galakkan pesakit bertanya
v Galakkan ahli keluarga sentiasa bersama pesakit
v Jumpakan pesakit dengan pesakit lain yang pernah menjalani prosedur pembedahan yang sama.








E) POTENSI INFEKSI B/D JAGAAN POS PEMBEDAHAN
Matlamat perawataan
·        Mengelakkan potensi infeksi

INTERVENSI KEJURURAWATAN
v Nilai tahap potensi pesakit mendapat infeksi
v Lakukan cucian mata mengikut perskripsi dan apabila perlu
v Kekalkan sterility semasa melakukan prosedur
v Pastikan kawasan luka pembedahan sentiasa bersih dan kering
v Beri ubat antibiotic mengikut perskripsi doctor
v -Trangkan kepada pesakit cara penjagaan mata dengan betul-kekalkan sterility ketika mencuci atau menitis ubat mata.
v Ajar pesakit cara menitis ubat mata dengan betul
v Terangkan mengenai infeksi dan tanda-tanda infeksi kepada pesakit
v Monitor dan kenalpasti tanda-tanda infeksi








F) Potensi peningkatan tekanan intraocular b/d jagaan pos pembedahaan
Matlamat perawatan
·        Mengekalkan potensi peningkatan tekanan intraocular

INTERVENSI KEJURURAWATAN
v Nilai tahap potensi pesakit mendapat peningkatan tekanan intaokular-umur,penyakit,kefahaman dan status pembedahan
v Letakkan pesakit dalam baringan semi-fowler atau fowlers atau mengiring ke bahgian mata yang tidak dibedah
v Pantau keadaan pesakit dan ubatan bagi mengelakkan pesakit muntah,batuk atau bersin
v Beri ubat mengikut perskripsi doctor
v Beri makanan lembut dan lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan –elak sembelit
v Terangkan kepada pesakit agar tidak melakukan kerja berat,tunduk atau meneran selepas pembedahan dijalankan
v Monitor dan beritahu pesakit tanda-tanda peningkatan tekanan intraocular-sakit  kepala,muntah dan kabur penglihatan
v Beri pendidikan kesihatan kepada pesakit mengenai tekanan intraocular dan jagaan selepas pembedahan bagi mengelakkan peningkatan tekanan intraocular




Jagaan Pre-operatif
·        Nilai tahap akuiti visual pesakit-indikasi pembedahan perlu dilakukan
·        Nilai kesan gangguan penglihatan yang mungkin berlaku dalam kehidupan aktiviti hidup seharian pesakit dalam tempoh pos operatif.
·        Beri pendidikan kesihatan kepada pesakit mengenai persediaan pre-operatif dan jagaan pos-operatif-untuk mengelakkan kecederaan,infeksi dan tekanan intraocular
       a) Keizinan untuk pembedahan
       b) Sejarah perawatan
       c) Penafsiran risiko pada surgical-umur dan penyakit lain
       d) Tafsir kesihatan mental dan sikap
·        Persediaan fizikal
·        Puasakan pesakit 6-8jam sebelum hari pembedahan.
·        Pemasangan IVD
·        -Tanda vital dan pemeriksaan am pesakit
·        Ubaan pre-operatif seperti mydriatic(dialitasi pupil) atau cyclopegic (ciliary paralytic) ubat titis bagi mengekalkan tekanan intraocular dan ubatan pre-anaestetik mengikut diperskripsi.
·        Penyiasatan makmal
·        Persediaan bowel
·        Persediaan kulit dan kebersihan diri
·        Rehat secukupnya di atas katil


Jagaan Pos-Operatif
·        Kekalkan patensi salur pernafasan pesakit
·        Pemerhatian tanda vital sehingga stabil
·        Ambulasi awal
·        Kekalkan patensi salur urin pesakit
·        Dressing mengikut arahan doctor.
·        Beri ubatan yang diarahkan oleh doctor.
·        Kekalkan nutrisi pesakit
·        Pemasangan IVD
·        Posisi pesakit dalam keadaan yang sesuai.
·        Carta keseimbangan cecair
·        Tanda vital dan pemerhatian am ke atas pesakit sehingga stabil.
·        Kekalkan eye patch atau eye shield pada mata yang telah dibedah terutama semasa tidur – mengelakkan in advertent injury ( seperti beri tekanan tanpa disedari)   G)posisikan pesakit dalam baringan semi foelers atau fowlers atau mengiring  ke bahagian yang mata yang tidak dibedah
·        Hadkan pergerakan pesakit elak beri tekanan.
·        Dengar aduan pesakit
·        Kenalpasti tanda abnormal
L) Approach pesakit pada bahagian mata yang tidak terlibat –eye contact dan komunikasi
M) letakkan barangan pesakit dan call bell berhampiran pesakit
N)Assist ambulasi dan aktiviti pesakit sekirannya perlu –mengelakkan kecederaan
o) berikan antibiotic,anti inflamatori dan ubatan mata atau sistemik lain yang diperskripsi –mengelakkan infeksi atau inflamasi dan mengawal tekanan itraokular
P) berikan antimetik sekirannya perlu mengikut perskripsi

Pendidkan Kesihatan
·        Cuci tangan dengan air dan sabun sebelum dan selepas titis ubat mata.
·        Kekalkan eye patch atau eye shield pada mata yang telah dibedah terutama sekali semasa tidur –mengelakkan inadvertent injury.
·        Jangan mengambil ubatan lain tanpa perskripsi doctor
·        Pakai cermin mata gelap apabila keluar rumah-meminimakan sinaran ultraungu.
·        Ketika mandi elakkan guna air sabun ketika cuci muka,elak menyimbah air ke muka dan lap muka dengan tuala bersih-mengelakkan iritasi dan infeksi.
·        Elak peningkatan tekanan intraocular
·        Makan buah-buahan dan sayur-sayuran elak sembelit.
·        Kawal diri jika bersin atau batuk -elak peningkatan tekanan intraocular.
·        Tidur telentang atau mengiring ke sebelah mata yang tidak dibedah.
·        Simpan ubat mata di tempat kering dan bersih serta mudah dijumpai.
·        Kenali tanda-tanda komplikasi dan tindakan yang perlu diambil
a)tanda-tanda jangkitan
o   tanda-tanda pendarahan
b)tanda-tanda peningkatan tekanan intraocular 

No comments:

Post a Comment